:: Maksud sayang & cinta ::

Assalamualaikum...
Hal nie sebenarnya saya dah post kt fb, tp nk juak share kt cnie.. 
nk mengisi blog yg x cntik nie..hihi


Mksd syg, samalah seperti kau lafazkan kpd sesiapa saja gadis yang kau baru kenali, mahupun yang mahu kau kenali “Aku sayang kamu…” namun apakah mksdnya yang sebenar? Cuma ambil berat, suka, kagum dgn wajah gadis itu yang cantik, @ mungkin juga suka dgn bentuk tubuh yang langsing bagai botol cola, tidak juga mustahil kerana wang kekayaan yang ada pada si gadis, juga kepandaian ilmu yang ada padanya, tapi adakah benar kau cintanya? Jika segala-galanya kerana material yang ada padanya? Jangan kau bicara cinta pada ku kerana kau tidak akan tahu pengertiannya yang sebenar. Sedang aku sendiri pun masih tidak dapat mendalami sebenar-benarnya maksud cinta secara teori

Cinta, mengapa aku katakan berlainan dgn syg? Kerana ia abstrak! Bolehkah kau baru kenali gadis ini dan kau katakan pada nya, “Aku cinta kamu?” mungkin ya, mulut kau terlalu manis untuk melafazkan, hingga otak mu tidak perlu lagi memikirkan kesan-kesannya pada gadis yang kau lafazkan cinta itu, sungguh aku berani bersumpah ia hanyalah kata-kata yang berunsurkan suka-suka. Mengerti kah kau bila perkataan ‘Aku cinta kamu’ itu dilafazkan? Bermaksud kau sanggup merentasi apa-apa saja halangan dan rintangan juga cabaran bersama-sama teman hidup semati kamu. Bukannya baru kenal dua tiga hari, juga seminggu dua, sebulan dua, terus kau lafazkan cinta. Ia mengambil masa yang lama untuk proses merasai cinta ini, kerana itu kau boleh lihat dengan sendiri, tidak juga dgn mata mungkin dgn pendengaran kau dengar mengapa masih ada kes-kes penceraian sungguhpun sudah berkahwin selama bertahun-tahun, mungkin juga belasan tahun, juga puluhan tahun, tapi pada akhir bibit-bibit percintaan mereka, kononnya, berakhir dengan kata putus yang menyedihkan iaitu penceraian.

Jangan pula kau salah faham, memang ada juga di antara kita yang benar-benar mengerti akan pengertian cinta, namun manusia bisa berubah, hari ini kau syg aku, setahun dua lagi kau mungkin curang pada ku hingga hubungan kita rosak punah dan berakhir dengan keputusan yang menyedihkan, ingat, kerana MANUSIA BOLEH BERUBAH!!!


bLah..bLah..bLah..aBz suda ciTa

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Sila tinggalkan COMMENT anda di sini
SATU pun jadilah..hehehe