:: Kenapa agaknya si Lelaki Berbohong..?? ::

Kemungkinan besar lelaki belum bersedia untuk memikul satu tanggungjawab besar sebagai suami dan ketua keluarga. Jadi, peratus untuk lelaki menipu amatlah besar. Apatah lagi sekiranya lelaki belum bersedia namun perempuan sibuk memaksanya untuk masuk meminang!
Lelaki ni nampak saja gagah, namun kadang-kadang mereka sendiri takut dengan bayang-bayang sendiri! Jadi, perempuan perlu bijak menilai dan memahami bahasa badan si lelaki. Sekiranya lelaki kelihatan belum bersedia, adalah lebih baik bagi perempuan untuk berhenti memaksa. Terlalu kuat memaksa juga akan menyebabkan lelaki bosan!
Lelaki memerlukan masa yang secukupnya untuk menikmati hidup sebagai orang bujang. Kebanyakan lelaki yang berbohong adalah kerana mereka hanya sekadar ingin berseronok. Malah, lelaki juga hanya ingin melihat sejauh mana kebaikan si perempuan dalam mempercayai kata-kata mereka. Sekiranya perempuan percaya, maka semakin cerah peluang untuk lelaki menipu lagi. Ada ketikanya, lelaki berbohong secara tak sengaja. Mungkin itu masih boleh dimaafkan lagi. Namun, ada ketikanya sesetengah lelaki berbohong kerana mereka suka berbohong. Kata mereka, “FUN kalau dapat membohongi perempuan”.
Kadang-kadang ada juga spesies lelaki yang saja nak merosakkan hubungan cinta sendiri. Mereka dengan selambanya mahu menguji ‘power’. Kononnya, mereka masih laris di pasaran lagi. Sesekali, lelaki ingin juga melihat sejauh mana tahap ‘power’ mereka, masih ada lagi ke tak perempuan lain yang meminati mereka walaupun mereka sudah berpunya. Perempuan sejujurnya mencintai si lelaki namun lelaki dengan mudah mahu mencuba dan menukar arah angin yang baru. Katanya, saja saja ingin bertukar angin! Lelaki jenis ini memang tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Yang penting, kepuasan hati mereka dapat dipenuhi.
Memang benar cakap orang-orang tua dahulu, sekali buat salah, terasa seronok pula. Terasa seperti ingin melakukannya berulang-ulang kali. Berbohong kali pertama mungkin kerana terpaksa atau mungkin kerana ingin menjaga hati si dia, namun berbohong kali kedua dan ketiga, namanya bukan terpaksa lagi. Tapi kerana seronok! Dia berbohong berulang-ulang kali dan anda masih lagi dapat memaafkannya? Sememangnya anda seorang yang pemaaf. Namun, kalau nak jadi pemaaf sekalipun, anda perlu melihat kepada keadaan dan tempat juga. Silap langkah, dia mungkin sedang mencari ‘sparepart’ yang baru. Maklumlah, anda sentiasa memaafkannya.
Tapi alasan kali ni, mungkin Nurul masih boleh terima. Lelaki berbohong kerana perempuan. Hmm… Bagaimana agaknya ya? Perempuan ni kan suka bercakap. Kalau silap sikit, mesti nak berleter sepanjang hari. Tak cukup hari ini, esok lusa mungkin dia akan menyambung khutbahnya. Jadi, lelaki ni akan berasa rimas untuk mendengar segala ceramah percuma yang diberikan perempuan. Maka, secara tidak sengajanya, lelaki akan berbohong semata-mata ingin mengelak daripada si kekasih bising! Nurul rasa, bagi kaum perempuan, sewajarnya anda berhenti bercakap perkara yang tak sepatutnya. Bukan apa, risau sekiranya si lelaki akan berasa bosan dengan pembohongan yang dilakukan. Mana tahu, mungkin lelaki akan terfikir untuk beralih arah kelak. Bahaya tu!

bLah..bLah..bLah..aBz suda ciTa

2 comments:

  1. bukan lelaki sahaja...perempuan juga...mungkin ada kebenaran kenyataan kamu...selalunya manusia menipu untuk menjaga kepentingan mereka sendiri takut bocor rahsia yang boleh mengugat hubungan mereka...namun, ikut kebijaksanaan kita untuk menilai...dah tahu kaki pembohong buat apa nak percaya...sampai kahwin pun ia tidak akan berulang...

    ReplyDelete
  2. tapi kan..kalau prempuan,dah syg...bkali2 laki tu buat salah pun..dy tetap mfkan..atas alsan sayang y teramat..tu arr susahnya jugk jd pompuan..tlu blembut aty..tlu ikutkan perasaan..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Sila tinggalkan COMMENT anda di sini
SATU pun jadilah..hehehe